Raudhah Capital Group
Apa kami buat
Raudhah Capital Group menguruskan operasi belakang Klinik Perubatan Raudhah dan Farmasi Mamad, supaya doktor dan ahli farmasi boleh fokus pada pesakit. Inilah enam bidang yang kami uruskan.
01 — HR & gaji
Staf dibayar dengan betul dan tepat pada masa
Setiap staf clock in dan mohon cuti melalui ChronosHQ, sistem HR kami, yang juga menyediakan gaji bulanan.
- Clock in dari phone staf sendiri, disemak dengan WiFi klinik atau GPS.
- Cuti dan timeslip diluluskan oleh penyelia setiap cawangan, serta jadual syif bulanan setiap cawangan.
- Gaji bulanan untuk lebih daripada satu syarikat, termasuk OT dan elaun.
- File KWSP, PERKESO, SIP dan CP39, file bayaran bank dan Borang EA.
- Rekod HR: kontrak, dokumen dan sejarah setiap staf.
02 — Perolehan & farmasi
Ubat sentiasa ada, diguna sebelum luput
Ubat dan barang guna habis untuk setiap cawangan dibeli dan dipantau secara berpusat.
- Raudhah Rx: satu lejar stok untuk stor pusat, klinik dan farmasi, ikut batch dan tarikh luput, supaya stok yang luput dahulu keluar dahulu.
- DO dari stor pusat ke setiap cawangan, disahkan oleh cawangan bila barang sampai.
- Rxpress: portal online untuk klinik membuat pesanan daripada Farmasi Mamad, lengkap dengan DO dan invois.
- PillPoint: sistem kaunter (POS) Farmasi Mamad, dengan syif, mata ganjaran serta rekod tunai dan bank-in.
03 — Akaun & kewangan
Akaun kemas, setiap bulan
Kami simpan akaun setiap outlet dan sediakan laporan bulanan prestasi setiap satu.
- Simpan kira-kira: invois, bayaran dan resit setiap outlet.
- Bayaran supplier, dan kutipan tuntutan panel serta insurans (TPA).
- Laporan pengurusan bulanan: untung rugi setiap outlet, aliran tunai, baki antara syarikat dan amaran awal.
- Cukai dan audit: dokumen disediakan dan diuruskan bersama juruaudit, ejen cukai dan LHDN.
04 — Lesen & pematuhan
Lesen tepat pada masa
Lesen klinik, Sijil Amalan Tahunan (APC) doktor dan dokumen KKM dipantau dan diperbaharui sebelum tamat tempoh.
05 — Marketing & data
Tahu apa yang membawa pesakit datang
Setiap pagi, satu dashboard menunjukkan prestasi setiap cawangan, online dan di klinik.
- DataSphere: lawatan website, Google Ads, Meta Ads dan post Facebook, diletak sebelah-menyebelah dengan pesakit baru dan lama daripada sistem klinik, dengan data baru setiap hari.
- raudhahclinic.com: website Klinik Perubatan Raudhah, dengan page setiap cawangan dan jadual doktor.
06 — Komunikasi pesakit
Satu inbox untuk semua cawangan
Omniflux mengumpulkan perbualan WhatsApp semua cawangan yang kami uruskan dalam satu inbox bersama, menggunakan WhatsApp Business Platform rasmi, sementara staf masih boleh guna WhatsApp di phone mereka.
Untuk menghubungi kami, lihat maklumat di page utama.